Pages

Tuesday, 4 July 2017

H.E.L.P

Assalamualaikum

Seperti yang aku bagitau dalam post sebelum ni, actually post yang zaman bila lagi ntah, aku nak cerita pasal Heritage English Learning Program (HELP), program yang aku dapat elaun tu, yang kena mengajar bahasa inggeris budak-budak darjah 4 dengan 5 tu, hari Jumaat Sabtu tuu. Tapi sorry ler tak boleh cerita semua, sebab aku dah lupa πŸ˜‚

Bulan ni insyaAllah akan diadakan majlis penutup. Tapi aku tak tau bila hehe. Phone aku problem sekarang so aku tak tahu apa-apa. Tapi tak payah risau sebab aku yang bijak ni sudah pun menyebarkan nombor mak aku kat semua orang. Bagus enn.. japgi ada yang call minta duit raya XP

.

.

.

Untuk program ni which is under Dato' Pa, aku ditempatkan di SK Kalai bersama 11 orang lagi fasi. Semua students ada lebih kurang 100 orang. Ramai okee. Pastu akan ada seorang teacher untuk lead lecture. Fasi-fasi ni cuma membantu anak murid buat latihan je. Pastu adalah lagi aktiviti-aktiviti lain untuk pastikan diorang tak rasa bosan. Aku rasa tugasnya lebih kepada fasi lol.

Ni masa minggu kedua, aku tengah struggle nak ingat nama adik-adik comel kat situ,
siap tulis nama ikut warna baju kott. Pastu esok lupa balik kakakakka XD

Kelas bermula pukul 8 pagi sampai 5 petang. Aku kan... kan awal-awal tu dah tak berapa berkenan dengan program ni sebab terpilih (ehh pastu rajin pulak ko mohon then siap pi iv bagai -.-), bila tengok jadual yang packed macamtu jadi bertambah murung XD

Maaflah tak jelas lansung gambonye~
Tapi syukur kepada Allah sebab pada minggu first aku dah boleh adapt dengan suasana kat situ. Budak-budak semua friendly namateyy ^^ Aku ingat lagi hari first masa semua lelaki pergi solat Jumaat, fasi yang perempuan ni kemain bersungguh-sungguh appoint aku untuk bagi tazkirah dekat budak-budak. So okaylah aku start. Sebab memang ada dalam jadual pun.

"Nanti rotate tau?" kata Aliaa kepada sahabat-sahabatnya. Semua setuju πŸ‘πŸ»

Pejam celik pejam celik, sampai minggu last aku jadi ustazah tak bertauliah -.-

Tapi seronok! Sebab semua orang nak dengar apa yang kau cakap ^^

We divided those kids kepada lapan groups ; GREEN (3), YELLOW (3), RED (2).

Dah boleh agak kan function colour tu? Hehe. Kalau Green memang budak-budak yang pandai, Yellow pun sama but slow sikit jer, then kalau Red ada yang tak boleh membaca dengan lancer lagi. Saaaangat menguji kesabaran.

Kadang-kadang ada jugak timbul perasaan nak ajar group Green jer every week, tak nak lansung ambik Red. Jahatnya iolls 🀦🏻‍♀️

Tapi kan,

Group Red tu kot yang buat aku appreciate cikgu-cikgu kat luar sana. Hahaha. Daripada ajar diorang guna kamus, sampailah diorang boleh faham apa yang soalan tanya. Kena marah pun tak pernah nak ambik hati T.T sobsobs...

Barisan fasi yang sengal ❤️
Terlebih nur pulak hehe
Fasi-fasi ni jugak selalu buat games (macam-macam games, bagus kan?  sebab teacher suruh sebenarnya pahahaha) untuk adik-adik sebab nak bagi diorang have fun sambil belajar. Yelah takkan aku jer yang nak murung sebab kelas pukul 8 sampai 5, mesti diorang pun murung ni.

But,

end up, diorang rindu (T.T) cepat giler rindunya.. Duhhh kids, tolonglah jangan bagi kitorang hard times tambah-tambah dah nak dekat minggu akhir kott.

Masa minggu yang takde kelas, siap whatsapp lagi fasi-fasi tanya asal minggu tu takde? Rindu nak belajar lagi.

Whaaaat? Takkan diorang tak happy lansung kelas takde? Weolls happy giler kott especially tuan punya blog ni sebab beliau dapat balik rumah weheeee! 

Haritu (bulan Mei tak silap) masa si koordinator bagi ucapan, dia ada cakap "This is like... the last time you will be able to see these kakak² and abang² faces.. sebab diorang dah nak exam, jadi dah tak boleh datang mengajar korang. So minggu ni buat yang terbaik, jangan nakal-nakal, dengar kata diorang okay?"

Aku dah berair mata, sikiiiiiiiit lagi nak menitis... Apeniii Aliaa this is soooo not you! πŸ˜‚

Pandang kanan, fasi sebelah aku dah menangis. Whayyyyy?


Last amendenya koordinator?~ aku orang Kelantan kott mestilah boleh terjumpa kat mana-mana ishh.

.

.
.

Aku pernahlah missed kelas sekali, sebab clash dengan field trip.

Lepas tu ada sorang budak lelaki ni tak datang kelas jugak esoknya. Darjah empat.

Kawan aku semua mati-mati ingatkan dia tak datang sebab aku.

Betul niiii?

Iyerrr, sebab budak tu asyik tanya mana Kak Aliaa.

Duk cari kau jer siap cakap nak kau ajar dia.

Awwww.

Whatevs~ I think he was absent because he went balik kampung or something.

Apapun aku dah perasan muahahahha XD

Btw, nama dia Aiman Danish πŸ˜ƒ ke tak? Aku keliru sebenarnya sebab ada sorang lagi nama Ieman Danish. Muka diorang hampir sama, pastu bestfriends pulak, dua-dua pakai kopiah, duduk sebelah-sebelah. Sejuuuuk mata akak tengok kome dua orang.

Si Aiman/Ieman tu markah paper English dia meningkat giler tahu? Masa exam bulanan, dari gred C ke A. Dah pandai buat karangan semua. Aku terharu plus gembira plus macam-macamlah >_< sebab...umm.. dia kan selalu cari aku..ahaks.

Kakyen : Dia score sebab cikgu dia pun ajar jugak. Bukan sebab uolls.

What a mood spoiler my sister -..-

So, nak kata apa eh? Alhamdulillah aku dapat jugak peluang mengajar budak-budak kat sini (walaupun tak dapat Ipg dulu uhuk uhuk). Sokay, no regrets. Lagipun aku tak rasa profesion guru ni sesuai dengan aku. Tak tipu ok. Aku garang, kurang tahap sabar tambah-tambah dengan budak-budak degil.

Aku kan Lion..lupa eh?

Oh mesti lupa kan sebab aku tak macam Lion? :D AHAHHAHAHAHAHA love you!

Ps : Tetiba aku rindu dekat ustaz Ezani, entah mengajar kat mana sekarang. Ni ustaz yang ajar aku bahasa Arab masa form 1 dulu... pastu dia pindah, yang selalu panggil aku Aina (tak kisah pun sebab memang orang selalu ingat aku nama Aina), yang baikkkk sangat macam ayah-ayah kita, yang buat aku sayang giler bahasa Arab :)
  
Before start kelas wajib ikut dia baca niat belajar ni dulu sampai aku dah ingat.. I mish!

Sesiapa yang bakal menjadi guru (aku tau ramai), bolehlah amalkan.
InsyaAllah semua akan dipermudahkanNya. You can do it!

No comments:

Post a Comment