Rasa macam sekarang aku dah hilang minat menulis bloglah. Ni daripada start perlawanan antara Belgium *crush tak main pun, ke sebab injured kena tackled dengan De Bruyne aritu pshhh* dengan Panama lagi aku taip tapi tak jugak siap-siap. Rasa malasssssss sangat ya Allah. Oh btw, instagram dah lama di'deactivated' yer bukannya aku block orang, sekian terima kasih.
Pastu sebelum baca entry kekonon raya ni, please jangan tanya tema raya tahun ni kaler apa sebab weolls takde baju raya. Weolls team pakai baju raya tahun-tahun lepas. Jubah hitam pun ye jugak. Weolls team tak berapa ada mood nak raya. Tapi weolls team still dapat duit raya kekekkeke XD
First day, balik rumah nenek aku. Macam biasalah every year.
Then second day... my family buat open house. Entah mak aku kata bukan open house pun (sebab katanya everyday open house iyerr Ma pape je >__< muahaha) tapi... adalah laksa tiga kilo, nasi dagang yang ma buat, abah punya bihun goreng special dia tu.
Pastu minta ajak kawan-kawan.
Aku kan, pagi tu tengah sakit gigi sangaaaat, serius rasa macam taknak cakap dengan orang lansung. Bagitaulah ma dengan Anis dengan niat nak minta simpati, “Yaa sakit gigi ni, jadi Yaa takde mood. Duk dapur je eh”. Takde orang peduli okeeee 😭 geram betul.
"Jemputlah masuk. Mekasih datang beraya."
*korang apetau aku sakit gigi?! hwaaaa 😭
Pastu macam mana entah tetiba ada mood *biasalah perempuan*, bolehlah kot ajak kawan-kawan dua tiga kerat. Pastu kakak aku 'ter'dengar.
“Wuuu kawan. Kawan istimewa kerrr, kawan mana?”
Kawan besye-besye jer. Kawan istimewa mana pernah dimention dekat uolls -.-
“Sayang ajaklah dia, ma pun teringin nak kenal ni”
Ha ha ha yang tu tak lawak 😑
“Kawan istimewa?”
helloooo~
“Meh no dia, kalau Yaa malu nak call, mai Kakyen call”
Aku pun tak tau sejak bila Kakyen jadi mcm tu. Biasa dia tak amik port sangat sakat2 orang ni haizz -.-
Hari raya ketiga, Kakna ajak gi Pengkalan Kubor. Yang ni aku ikut sebab dah lama giler tak pergi sana. Pepagi buta lagi dia masuk bilik aku jerit RAYA RAYA RAYA 😣 kecoh jer dia sorang en haha..oh before that, ada photoshoot raya sikit. 'Photoshoot' laa sangat *tangan ke bahu, mata ke atas 🙄* Yang salam sambil tersengih tengok kamera semua tu sila abaikan.
Kitorang drama kott, salam-salam pun sampai meleleh ayaq mata huhuks... :'D anis dengan kakyen lah, aku tak.

|
| Anis and I agreed that we didn't look good in that fam photo so I put that sticker on our face. |
Apesal laa aku rasa macam semua gambar nampak buruk warghh!
Raya keempat. This is so random tho. Ada orang mesej bagi ayat pickup line. Tiberr. Adik aku tolong reply.
Aku sukaaaaa betul dengan orang yang mudah faham mcm ni. Also ada senior masa aku kem kepimpinan form 4 dulu tetiba mesej. TETIBA. Aku pernah ngorat dia ni tau after kem tu tapi tak dilayan kakaka XD ngorat as in wish birthday through inbox jerlah. Zaman tak berapa nak matang gitulah kan. Ewwwwww~~ mana I nak sorok muka?
I pray that Allah will give the best for me, Aminn.
For you as well :)
Wukay. Selamat hari raya gais wa gaisah sekalian. Minta maaf kalau sesiapa yang pernah baca blog ni ada terasa dengan apa yang aku tulis. Minta maaf sangat2. Nak finals minggu depan ni fuhh, selitkan sikit doa untuk aku moga dapat jawab exam tau tau tau ^^ hehe babai~
Assalamualaikum