Friday, 30 August 2013

Book Fest!!



Assalamualaikum

Hi~ Semalam aku pergi ke Pesta Buku Kelantan kat Dewan Jubli Perak nuuun di sana. Nasib baik ma bagi pergi walaupun aku masih dalam exam mode~walalalala..

Abah hantar aku ngan Anis sampai kat entrance jer, abah cakap dia nak muntah kalau bau buku. Ha, yerlah.. habis Abah duk didik anak-anak abah dengan buku tu macam mana? See, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan?
Aku beli  tiga buah buku . 

O The Magic
O The Girl Who Fell Beneath Fairyland
O Where Rainbows End

Yaaa, that’s all.  Mine!

Tiga jer? Ok fine, memanglar nampak sikit.. but for me banyak dah tu.. lagipun guna duit sendiri..ciput jer! ^_^ Anis beli satu jer *Mr. Midnight-Jilid 1*.. aku paksa dia beli..kekeke XD 

Buku The Magic tu kan, aku was-was sikit.

Kenapa ada pasal Jesus Christ? Ada jugak pasal al-Quran! Hah sudah!..penulis ni nak hina Quran kah?

Fortunately..takde benda yang tak elok pun.. Penulis dia (Rhonda Byrne) memang bersikap terbuka dalam penulisan. There’s no discrimination about religions..actually, dia tak sebut banyak pun pasal agama. Nisbahnya  1:40.. hihi =D

Keseluruhannya, buku ni nak bina magis dalam diri kita sendiri.Perlukan magic wand macam Harry Potter punya ke? Tak perlu pun.. So, macam mana? Just by being a grateful person. Say thank you for everything that had happened in live.

Kepada sesiapa yang nak sentiasa gembira, anda bolehlah baca buku ni. *nak beli dengan aku pun boleh^^*


Apa apa pun, aku dah salah pilih buku..hwaaaa! Bukan ni yang aku nak! Huhuhu~ kepada peminat fairytale, please don’t pick up this book.. takde satu habuk pun perkataan fairytale..ha’ah..habuk pun takde..wuwuwuwu~ It’s not even a storybook! Menyedihkan sungguh..

Next time, I have to be more cautious dalam memilih buku supaya the banana won’t fruit twice! Miahaha >.<

Ada peristiwa memalukan lagi semalam.. apa dah jadi dengan aku ni.? Lepas balik pesta buku tu, abah singgah Tesco.. aku ikutlah. Nak dijadikan cerita, duit aku yang baki beli buku tadi berterabur kat tengah-tengah orang ramai. Aku tak perasan pun,.. then nasib baik ada aunty cina yang bagitau.. satu family dia lead jalan aku ke tempat duit tu jatuh. .

Bayangkanlah macam mana kita kutip duit kat tengah jalan..bukannya sekeping dua, tapi banyak!..orang ramai tengok peliklah..apa ni, aku bukan nak buat free show! Malu mak aiii~ rasa nak sorok muka seposen ni dalam tin biskut Hup Seng jaa..huhu~


Pak cik and mak cik yang lalu sengih jer.. ada uncle cina tu tanya kenapa buang duit ni.? Err, saya bukanlah seorang yang kaya raya nak buang duit kat tengah jalan ni.. so aku cakap “tak perasan, pakcik..hehe” mulut ni sengih sehabis manis..phew!

Lepas tu, cepat-cepat gi cari Abah aku yang lansung tak tau situasi memalukan yang menimpa anak dara pingitannya ini..LOL ~

Kbye~