Thursday, 30 May 2013

Something to say..

Assalamualaikum ^^

Tinggal sehari jer lagi sebelum aku terpaksa lepaskan kakak aku. She's getting married! Sedih betullah. Adakah aku perlu rasa happy? Yelah kakak nak kahwin kan.
Takde dah sorang teman buat teman gaduh-gaduh. Gaduh-gaduh sayang tak gitu?Hehe~
Teman bergaduh tu jugaklah yang pujuk kita apabila kita sedih. Adik-beradik semua perempuan, hwaaaaa sedihnya.

Sedih apabila ingat masa dulu-dulu. Walaupun umur kitorang agak jauh beza, kakak aku akan cuba jugak untuk berperangai budak-budak macam umur aku. Aku pulak perasan jadi dewasa, heee~

Ma aku panggil kakyen dengan panggilan 'adik'.
Sejak kecik lagi kot. Aku pun yang baru umur 5 tahun panggil 'adik' jugak kat dia. Masa darjah 4 kot baru aku sedar bahawa panggilan tu tak sesuai lansung! Adik aku pun panggil 'adik' jugak kat kakyen. Bila ingat balik , rasa lucu lar pulak =P

Hwaaaa~I'm really gonna miss you, sis!
Tengah sedih-sedih pun, aku lar yang mula-mula rasmi pelamin comel kakyen! Ngehehehe~
Kalau Kakyen  menangis nanti hari perkahwinan dia macam mana? Harap-harap aku pejam mata masa tu. I won't cry! Never~

Aku pernah tanya kawan aku, kalau seorang adik tak redha dengan perkahwinan kakak dia, sah tak perkahwinan tu? Kawan aku ketuk kepala aku sekali then dia cakap younger sister doesn't have any veto to do so.

It's useless.

Aww, ye ke? Hmmm. Aku redhalah. Kesian kat my future bro-in-law. Hehe. Jangan bimbang, I'll accept you with my biggest heart! Aku jer yang sedih nak berpisah dengan seorang kakak. Dulu, masa kakak sulung kahwin, aku tak rasa apa-apa pun. Baru darjah 6.

Now, I'm already 17. Dah ada perasaan sedih tu. ~ It sucks.

Okay, that's all. 

Tuesday, 28 May 2013

~Spectacle oh I love you~

Assalamualaikum

Hello ^^ Tengok tajuk entry kali ni.. hehehe. Teruja tak?
Sebelum tu, apa kaitannya aku dengan spectacles? Ngehehe

Sebenarnya, meh sini nak bagitau satu rahsia. Mata aku rabun. Hohoho~

Rabun sebelah jer pun.Sebelah kiri. Pelik kan..? Adalah satu tragedi di sebalik ke'rabun'an mata aku ni.

Aku sedar mata ni rabun sejak tahun lepas masa duk borak-borak dengan kawan. Aku main kenyit-kenyit mata tengok kat whiteboard .*wink wink* dengan whiteboard pun nak menggedik.Hehe.

Tiba-tiba, aku rasa macam tak seimbang jer pandangan aku. Rasa macam berat sebelah.Berat sebelah? Alah, nak cakap macam mana yer. Erm, macam tulah.

Balik rumah, terus bagitau ma dengan abah aku. Abah pun ajak gi buat spec. Aku ternganga dah.

Spec?

Spec?

Cermin mata?

Aku pakai cermin mata?

Ya Allah, betul ke ni?

Aku pun angguk jer. Pastu pergi masuk bilik duk depan cermin. Speechless already~
Aku rasa macam-macam tau tak? Rasa nak nangis sebab macam dah nak buta. Wuuuu~

Tulah,  rasa betapa sedihnya kena buat spec. Padahal, sikit benar nikmat yang Allah tarik, tapi aku dah rasa fed up. Teruk kan? Apabila tengok orang yang betul-betul buta barular aku rasa sangat bersyukur. Adalah tu khilaf yang aku buat sampai Allah tarik sikit nikmat mata. Maybe to remind me something.

Dipendekkan cerita, malam tu pergilah kat optometrist. Doktor tu bagitau berita yang sangat menggembirakan. Beliau cakap mata aku rabun sebelah jer. Jarang terjadi macam ni. Erm, like one in a million!

Wah, bangga seyh. Kekekeke ^^

Doktor tu pun pelik. Beliau tanya aku ni pernah terhantuk kepala ke sebelum ni?

Aku pandang ma, ma pun pandang aku. Tersengih.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
13 Mei 2005

Aku sedang baring atas buaian rotan kat depan rumah dengan seronoknya.
Kawan aku dua orang sedang syok 'buai'kan aku. Buai bukannya slow~ Laju mak aiii..!
Sampai aku ni rasa macam nak terbang dah. Aku yang duk ketawa kuat-kuat suruh kawan aku berhenti buaikan, so they stopped so suddenly! so suddenly, understand?
Now, guess what had happened to me. Inersia wey..!

Kepala aku directly TERHANTUK atas simen.

Lepas tu aku tak ingat dah aku sedar ke tak. Bangun bangun sudah ada atas katil.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ma aku pun cakap kat doktor yang aku ni adalah pernah terhantuk. Setakat tu jer, hehehe.
Pastu doktor tu cakap yang aku tak perlu pakai selalu spec tu sebab power dia lambat naik. So, pakai jer masa dalam kelas, membaca, dan tengok tv. Kamsahamnida doctor!
And mind you, wearing spectacles doesn't mean that you're a nerd. Kawan-kawan aku comel jer pakai spec. Hehe ^_^