Friday, 29 March 2013

A picture is worth a thousand words..

 Assalamualaikum
 
Parent, Siblings, and Bro-in-law =D
I miss this moment damn much ='(
 
Kevin & Eli
Life brings tears, smiles and memories. The tears dry, the smiles fade, but the memories last forever.

Sunday, 24 March 2013

Something to share...

Assalamualaikum

Nak dengar cerita? Aku ada terbaca dalam majalah Solusi kisah ni and I really love it =D

Ada dua orang tokoh ulama' kat Mesir iaitu Ibnu Daqiq al-'Id dan Ibnu Binti al-A'azzi. Kerana sebab-sebab tertentu, ada konflik antara dua orang ulama' ni.

Suatu hari, Ibnu Binti al-A'azzi telah buat satu kesalahan yang tak dapat dimaafkan di mata Sultan dan pegawainya.Diorang pun cipta tuduhan palsu dengan mengatakan Ibnu Binti telah murtad supaya dia dihukum mati. Tuduhan itu telah ditulis di atas selembar kertas yang besar. Ia mesti ditandatangani oleh tokoh-tokoh besar di seluruh Mesir. Seorang demi seorang tokoh menurunkan tanda tangan mereka menyetujui kandungan surat tersebut.

Ibnu Daqiq al-'Id menjadi tokoh yang terakhir menerima surat itu.Beliau membaca isi kandungannya dengan teliti. Tokoh-tokoh yang hadir menggesa beliau supaya segera tanda tangan. Ibnu Daqiq tetap tidak mempedulikan mereka dan meneruskan bacaannya.

Selesai membaca, beliau mengangkat kepala dan berkata :

"Tidak halal bagiku menyetujui surat ini"

Semua orang terkejut. Mereka tidak menyangka Ibnu Daqiq mampu bersikap seperti itu terhadap musuhnya. Mereka menyangka beliau akan menggunakan peluang ini untuk menghapuskan Ibnu Binti al-A'azzi. Demi usaha nak bunuh Ibnu Binti, ada yang masih memujuk Ibnu Daqiq supaya bersetuju sahaja. Walau bagaimanapun, beliau tetap dengan keputusannya.

"Aku tidak akan turut serta membunuh seorang Muslim!"

Sikap tegas beliau telah menggagalkan pakatan untuk membunuh Ibnu Binti al-A'azzi dan dalam masa yang sama telah menaikkan nama Ibnu Daqiq al-'Id dalam sejarah umat Islam sehingga hari ini.

Subhanallah! Semoga kita semua pun dikurniakan akhlak sebaik beliau. Bersederhana dalam membenci musuh. Tidak mengikut emosi dalam membuat keputusan.

Sebenarnya, aku nak tenangkan hati sebab aku ada tak suka kepada seorang budak ni. Tapi takde lah keterlaluan.

At least, lepas baca kisah ni aku rasa tenang sikit. Rupa-rupanya kita boleh benci orang lain, tapi mesti bersebab dan bersederhana sahaja. Ada orang membenci tanpa sebab. Erk, itu sakit jiwa kot (majalah Solusi yang cakap ^^ ).

Ingat yer kawan-kawan, kalau kata-kata kita tu menyakitkan hati orang lain, lebih baik diamkan diri jer. Tak payah bercakap. Jangan tambah kesedihan orang lain.

Assalamualaikum.

Saturday, 23 March 2013

Perak 2012



Assalamualaikum
 Aku nak story pasal trip aku ke Perak tahun lepas. Sebenarnya, aku tumpang trip kelas lain jer.
Yang kelas aku punya trip aku tak pergi.
 Aku stay kat rumah sebab double Z balik kan. So, aku kenalar ‘jaga’ diorang. Kalau tak, sape lagi kan? Mehehehehehehehe =P

Hari last persekolahan tahun lepas, aku join lawatan kelas 4 Ar-Razi.
Najian, Aini, Asilah, Yunie, Miera
Aku ni kan, kalau naik bas, mesti aku tidur. Tak tahu kenapa. Enjin bas tu dah macam lullaby pulak xD

Petang tu, dalam pukul 6 kot..kitorang sampai kat Teluk Batik. Tengok matahari terbenam pastu ada yang naik banana boat lagi. Mula-mula aku rasa nak try jugak..lama duk tengok tu, aish, tak nak aku. Kang tak pasal-pasal tenggelam kat tengah laut. Then, aku and the gang naik bot jer. Tu pun laaaajuuuuu sangat pak cik tu bawak. Bot laju kan. Aku rasa macam nak terjatuh dari seat aku. So, end up duduk kat bawah hahaha.

Dipendekkan cerita, malam tu baru sampai ke homestay.

Esoknya, kitorang pergi ke The Lost World of Tambun. Ohh, I love it! >.<
Sebelum masuk air ofcos still control ayu..kekeke XD

Main air sampai boring then aku nampak carousel! Tapi tak boleh naik sebab maximum 9 years old jer..Takpe, tak bagi naik yang tu, aku naik yang lain. Geng aku yang memang hyperactive sume nih pergi naik boat yang berayun 180 degree tu orang panggil pirate ship ke apa tahh. Duduk 30 saat aku okay lagi..masuk 1 minit. Ummm,,ok dah nak turun

Tapi tak serik lagi. Kitorang pergi cuba Dragon's Flight pulak.
Nampak seronok jer. Memang seronok pun ..rasa macam kena jemur. Seronok ke?

Bertolak balik ke homestay dalam pukul 4 dah kot. Petang tu sambut birthday teacher Kartini. Semoga sentiasa panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t, my dear teacher.

Okay, malam tu pergi ke Ipoh Parade. Shopping time. Hehe.. laju jer aku berjalan ke Popular dengan Yunie. Tingkat tiga atau dua yer? Aku lupa. Then, singgah kedai cenderamata. Kakak aku pesan suruh bawa balik ole-ole for double Z. Okie dokie.

Ta-dah! These pretty hairclips..

Pink for Zara and the brown one for Zarith.

Asal laa tomcat ni comel sangat?
Keesokan hari. Pagi tu bertolak ke Gua Tempurung.  Kat sana, kitorang mendaki anak tangga sebanyak 600 lebih.. tak ingat 600 berapa. Tak letih mana sebab takde rushing pun. Ada sampai kat satu tempat dalam gua tu, berangin sangat. Macam ada aircond gitu..padahal ada lubang angin lol.

Yang lelaki keluar ikut jalan air. Habislah basah baju diorang. Yang perempuan turun ikut jalan masuk tadi jer.

Then bertolak balik. Here I go..tido laa apa lagi. Yang jadi mangsanya Amiralah sebab aku asyi lentok atas bahu dia.... ZzzZZzzZzz.. anyway..thanks Cik Miera! saranghae~ ^^

Sampai ke SMK(A) Lati dalam pukul 11 malam dah kot. Hujan turun renyai-renyai. Abah pun dah sampai. Hoyay!