Wednesday, 19 April 2017

Ada musuh baru

Yo peeps! I'm going home tomorrow so allow me to do a little dance (a sopan santun one, bcause I'm a nice girl, and bcause I'm Ma and Abah's daughter)

Last aku menulis is hari Sabtu malam Ahad kan?

Ko tau tak ada benda tragis terjadi pada hari Ahad tu?
Sampai aku jadi macam ni...

Comel macam ni phahaha 😝 k gurau jer.

Actually takdelaa tragis sangat pun hehe. Aku kena masuk hutan laa kan. Kitorang ada enam group, aku lupa berapa group yang tersesat. Kesian. Group aku tak sesat hohoho 😁 alhamdulillah. 
 Hari berkenaan, weolls kena buat amali pre-felling forest inventory. Tragisnya sebab group aku dapat kawasan yang teruk nauzubulillah memang aku rasa tempat tu tempat buaya bertelur. Menakutkan tau dengan pokok Nypa fruticans nya yang banyak giler. 

Nak kena clear kan semua. 

Takpelah, biar cik aliaa show off skill menebas beliau hekhek 😛 abaikan wanita yang show off skill memasak hokay~

Dua jam lepas tu, aku decide yang aku benci pokok nipah. Pokok nipah is my ultimate enemy after syaiton, liverpool, n chelsea. Tqvm.

Duri diaaaaaaaaa! Aku hampir mencarut nak sebut sh*t tapi jadi shooooooot (mengucap aliaa mengucap). Pheww. Pastu banyak gila darah dikorbankan - untuk pacat dan duri pokok nipah. Sis redho~

Lepas field trip haritu, rasa hormat aku terhadap seeeemua renjer hutan memang meningkat tinggi giler ah. Lepas keluar dari hutan haritu, rasa hormat terhadap diri sendiri pun tetiba skyrocket jugak hahaha. Narcissist!

Bye²! 

Sunday, 16 April 2017

Anyeong?

Assalamualaikum

Hai! Lama dah tak jenguk uolls kat sini. Aku kena buat timeline ni sebab banyak benda nak cerita kohkohkoh xD
Pepatung diperbuat daripada buluh. Lawa kan?

Bulan April adalah bulan yang tersangat busy buat seorang insan bernama Nur Aliaa anak pakcik Mohamed Nasir. Orang lain aku tak tau..lantaklah busy ke tak. You feel yourself bruh~

Bulan Mac tanam pokok Karas a.k.a Gaharu a.k.a Aquillaria malaccencis. Busy jugak sebab tu event course aku. Dah pecahkan rekod! Wohooo!





Makin pendek ker aku ni?T.T

So, jom start before cuti midsem.

Haritu aku balik rumah 29 Mac lagi (orang lain 30 Mac) sebab hari Khamis takde kelas. Best kannnnn? Cuti seminggu jer pun takdenya best sangat.

Pastu, pastu, dalam cuti tu ada kawan ajak aku join Konvensyen Kepimpinan Kelab Mencegah Dadah Malaysia a.k.a Pemadam di UPNM. Awal-awal macam excited jugaklah, pastu aku ingat tak mau pergi. Tak puas lagi duk kat rumah (biasalah dah nama pun Nur Aliaa). Boleh tengok satu game MU - lawan West Brom. Time tu aku agak emo sebab dah lama tak tengok kan muahaha XD Semua orang mohon pi jauh-jauh jangan kacau aku.

Sempat laa tengok lagi dua games kalau aku tak pergi mana-mana cuti tu.

Tapi ...

Entah macam mana, pada 5 April 2017 terpacak jugak aku di yu-pi-en-em... bersama sembilan orang ahli kelab Pemadam. Aku bukan ahli pun, saja menyelit. Gediks teroks T___T


5 - 9 April 2017

Konvensyen tu sepatutnya 5 - 8 April, tapi van buat hal (sangatlah mengade) dan tak dapat ambil kitorang. So kena stay lagi sehari kat sana -.- scary okay. Aku fikir habislah kitorang tiap-tiap hari kena berbaris kalau nak keluar ke mana-mana. Sangat strict.

Group 1
Saje kawan dengan budak2 usim :D

Anyways, seronoklah pergi upnm, bukan sebab dapat tengok abam2 sado ok (eh excuse me -.- ko nak lupa hafalan quran ke hape?) tapi sebab dia punya suasana tu perghhhh memang takde kat U lain. Tak tau nak describe macam mana >_< walaupun scary hahaha.

Ada peristiwa sedih jugak kat situ. Ehem...

Ipad aku terjatuh (baca 'ter' 10x) dan screen 'beliau' retak.

Omg rite???????

Aku rasa macam nak nangis wehhhh.


Aku letak ipad tu atas kerusi yang agak tinggi sebab nak betulkan seluar (jadi longgar sebab duk sana aku makin kurus banyak sangat jalan~ muehehe). Kejaaaaap jer tau. Dum!

Amende tu? Wahhhhhhh my pokemon!!! Hwaaaaaaaa

Nampak tak??
"Come on laa Aliaa... screen ipad jer pun yang retak. Jangan sampai hati ma dengan abah yang retak sudah, okee?" Acewahhhh~ Lupakan ipad yang melaghakan ko, yang duk menggoda ko main blossom blast level sama macam orang tak betul, yang... ko buat selfie. Itu semua duniawi syaitonirrojim. Sekian.

Once sampai umk, aku get ready untuk presentation subjek pengurusan inovasi pulak (11/4/2017). Since case study yang group aku pilih agak susah, so memang kena baca semua part laa takut ditanya soalan pelik-pelik karang. Pastu ada ahli group yang bermasalah bagai. Nak sepak boleh tak? -.- aku penat layan perangai manusia macam ni Ya Allah :') haish sabar jerlah.

11 April 2017

Alhamdulillah group aku present dengan jayanya. Miss Syam is super nice! Hek hek ^^ Lepas selesai presentation, hari tu jugaklah aku volunteer untuk jadi ajk Haunted House. Oh lupa, minggu tu ialah Forest Week, anjuran course aku jugak. So segala events memang under kitorang.

Aku jadi hantu a.k.a nenek kebayan.

Sambutan? Hmmm... aku tak tahu kenapa ramai giler orang yang datang rumah hantu ni (tak sayang duit ker?). Penat aku mengilai. Aku pun bongok jugak time ni, boleh pulak terlupa yang aku ni nenek kebayan. Tak pernah bongkokkan badan lansung. >_< pastu pakai sneakers. Hantu hipsturr gitu~ tapi memang puaslah sebab ramai yang takut dengan aku hehe : means aku pandai mengilai weeeeeee! astaghfirullahal'azim...

Danial sweet tau (dia Jigsaw Killer), asyik datang sebelah aku tanya aku okay ke tak. Penat ker. Pastu borak-borak.

-__-

Aku rasa dia takut aku kena rasuk. Cehh tagunee~ aku paling tak suka Jigsaw Killer.

And then...next day...

12 - 14 April 2017

Field trip Silviculture ke Cameron Highlands!


Mohon jangan terlebih eksaited untuk aku yer kawan-kawan. Ni bukan pergi vacation. Sekarang musim hujan tau kat sana, dan nak dijadikan cerita aku terlupa laa pulak nak bawa baju hujan.

Pastu aku bukannya stay kat hotel yang ada air panas tu haa. Weolls camping. Mandi air sejuk jer. Hampir kena serangan asma kott...

Aktiviti kitorang pun boleh tahan hehe. Hari first tak buat apa-apa, hari second kena masuk hutan, collect data untuk pokok-pokok kat situ. 8 am till 4 pm. Ko rasa? Hujan, panas, rebut, petir sepanjang 8 jam tu aku redah jer tanpa baju hujan dan payung. Tebas semak (yang tinggi dan tebal namateyy) pun dah macam nak bunuh orang. Masa tu tersangatlah penat sampai ahli group aku ada yang nangis-nangis. Alolo~ awkward.

Aku terhibur tengok Eya pakai baju hujan nampak comel giler macam penguin.

Malam tu ada midterm. Susah gilos :) Matilaa iolls.



 
Tak payah cari nanti tertukar dgn orang lain

Hari last kitorang pergi Bukit (aku lupa nama), tanam pokok Meranti Bukit. Yang ni aku suka sebab tak perlu main parang. Lagipun tanah kat situ lembut sangat, senang nak gali lubang. Dan senang jugak nak tergelincir sampai bawah. Kena panjat bukit tinggiiiii sangat.

Aku nyaris-nyaris jatuh tapi alhamdulillah Allah hantar sorang renjer hutan untuk selamatkan aku hekhek. Mashehh pakcik sebab tolong ambilkan cangkul saya.


Sooooo... kerja kat Cameron boleh putih kott. Ataupun terlebih lighting kekeke >_< 

Jujur aku cakap, kalau bakal mak mertua tengok apa yang aku buat sepanjang field trip ni, confirm dia suruh anak teruna dia cari lain hahaha. Sedih en?

_ - _ - _ - _ - _ - _ - _ - _ - _ - _ - _ - _
Rasanya sampai sini sahaja aku menulis hari ni. See you next time yo! Oh Itam dah di'adopt' oleh seorang pakcik. Aku izinkan sebab aku yakin yang pak cik tu akan jaga Itam lebih elok dari aku (actually aku dah yakin dengan cara aku jaga dia, masalahnya aku stay kat u bukan kat rumah, so...hmm camtulah). Lepas ni mesti dia akan jadi laaaaagi comel. I miss you everyday TamTammy!
Bye~