Thursday, 21 April 2016

Don't follow aliaa_mohamednasir


Because she doesn't want to follow or to be followed by people that she's not really close to.

Pastu sape De Gea? Rooney? Smalling? Rashford? *pak cik kau??*

Hahaha. Eh yang tu takpelah, memang instagram aku tujuan utamanya untuk diorang pun. Tapi betullah, aku tak nak dah memain follow orang.

Eh tak...kita follow orang takpe, kalau orang follow kita tu haa. Dahlaa tak kenal.

Btw, insta aku bukan aktif sangat pun -.-

Sebut pasal players MU, haritu sukan kampus aku ada join futsal. Futsal uolls~ *actually finalnya semalam 😝*

Teka aku main position apa. Cepat teka~!

Striker?

Hmmm... nak tengok kasut aku melayang bolehlah.

Defender?

Aku kalau jadi defender memang ada yang nak kena pukul satgi.

I am a goalkeeper!

Hahaha. De Gea u kat mana??~ nak sikit talent tu >_< Romero ke.. Joel Pereira pun boleh hehe. Johnstone? *sori tak pernah tengok dia main*. Dean Henderson *alaaa~ comel sangat tak boleh*.

De Gea kena ada dua sebab dia hensem hebat ;)

Ok ko dah mengarut.

Tau tak aku ni kan rupa-rupanya...umm. Tough jugaklah 😜

Berapa kali ntah bola kena kat muka masa training nasib baik tak patah jer hidung iolls yang tak mancung ni *sape doe yang jeles pi aim muka aku tuu?* DIRECTLY at mah face! shhh~don't tell my mum. Nanti jadi macam taekwondo, sampai bila-bila Ma dah tak bagi aku join huhuhu πŸ˜‚

Mula-mula kena memang sakit *dahlah unexpected* tapi aku tahan jer sebab ada ramai senior lelaki. Kay relaks~ Yang pedih mata pun tak jadi keluar air mata. Hahahaha. Pastu aku dah boleh tangkap bola elok-elok. Alhamdulillah Allah tolong. Lagipun gol futsal kecik jer, lahai kalau nak compare dengan yang DDG duk jaga tu memang macam kandang buaya dengan reban ayam kott πŸ˜…

Kenapa aku jadi keeper?

Sebab aku malas nak lari-lari dalam court, penat okay. Actually takut jugak ambik position tu. Bukan takut injured, tapi aku asyik duk fikir kalau kalah nanti macam mana?

Senior cakap kalah ke menang tu adat pertandingan. Ha ah aku lupa. Apalah kau ni asyik fikir nak menaaaaaang jer.

Tahun depan tak sabar nak train juniors >_<

Kakyen pun keeper dulu. Setahu aku dia keeper bola baling, nampak jer lembut nowh..

Mus pun jadi keeper. Dia duk cakap tak nak tak nak, last-last kena jadi jugak lol. Aku pun rajinlah pi show off cakap : "Eh Mus, aku pun keeper. Lek lah~!"

"Haa kalau camtu kau laa main ganti aku Aliaa" sambil kipas-kipas muka dia.

Oops~ he's mad. Hahahah :P End up bola sepak cancel cisss~

Ruginya aku tak post entry ni awal-awal, kalau tak boleh mintak tolong korang doakan sekali..hehe ada ke yang nak doakan kita? P/s : aku sangat tak suka orang yang takde sportsmanship value (¬_¬)οΎ‰ boleh blah okay.

Aku main masa game hari second dah, sebab tengok Kak Ain hebat giler, tak berani laa pulak nak ganti dia. Hee xD Ohh pastu ganti masa semifinal kau berani pulak.

Alhamdulillah..clean sheet jugak. Kitorang kena buat sepakan kalah mati gitu, sebab penalty pun asyik seri jer. Pasukan lawan boleh pilih either diorang nak shoot ataupun kitorang yang shoot. Dipendekkan cerita kitorang dapat nombor tiga. Sedih tau sebab dah tak berpeluang dapat nombor dua, *sebabnya kitorang kalah dengan staff uni. Staff yang dah terer...ish tak adil*. Boleh setakat semifinal je T.T

Okaylah...

Bagitau Ma pukul 5.40 petang ada game, pastu pukul 9 dan 11 malam ada lagi. Jadi ketiga-tiga waktu tu minta Ma tolong doakan. :D

Masa first game, aku goyang kaki jer tengok
orang main. Hehe.
Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada semua senior kursus aku, diorang baik sangat boleh jer layan junior yang kadang-kadang naik kepala ni *terima kasih jugak sebab bagi peluang untuk saya main*. Pastu dahlah rajin turun training. Sedih aku dengar cerita diorang yang tahun lepas sebelum semua first year ni masuk, diorang takde penyokong pun masa sukan kampus.

Yelah, course kitorang baru dua tahun kat UMK ni.

Down kot. Course lain tahun satu sampai empat turun bagi sokongan, tapi diorang takde pun. That's why aku tak sabar nak ada juniors. Call me Kak Aliaa pliss. Hehe ^^

********
Pehal aku melencong jauh dari tajuk ni? Amm..okay kesimpulannya tak payah follow lah kalau uolls tak kenal iolls okay? Peace! Nanti ada yang cakap apasal budak ni follow aku tapi tak like-like pun gambar, ah aku tak nak like jugaklah gambar yang dia post. Ambik kau padan muka.

Awak, sampai bila nak bertuhankan media sosial? Sampai bila nak jadi hamba semata-mata nak puaskan hati orang lain?

Tak nak aku –,–

Friday, 15 April 2016

Days well spent with the angels

Assalamualaikum

I just get back from a motivational camp with students from a special school in Bachok.

I arrive at the venue a bit (well actually a lot) late than other facilitators because I have Entrepreneurial Behavior quiz on the same day. Then I join group 5. Actually they already have facilitators, Syafiq and Kak Nina so idk why I'm placed in that group haha. (replacing Kak Nina? I don't think so). I really feel guilty towards Syafiq. I don't help much seeeeeriously he shouldn't have thanked me.. hwaaaaa. I'm so sorry  Maybe he loves kids. (P/s : I want our group pictures).

Yes, I'm not very fond of children, everybody knows that, but I'm not an asshole who will act rudely in front of them. All the kids deserve your best smile.

They are soooo easy to love and to be loved. It was heartwarming knowing each of them, their hidden talents, and the way they address me as 'cikgu' at first. Hehe so adorable >_<

There's this one group that performs a song entitled Namun Ku Punya Hati. It sends chill through my whole body. All their teachers cry T.T

Me? I don't shed a single tear during the whole camp. The kids and even some of the faci are crying. All that I do is just consoling them. Omg~I'm so bad at being human.

I miss them. I know three days and two nights are worth it and I will never forget all the moments we've spent together. Heavens are waiting for you, babies.

*******

Being in this program with some of the PRS members(especially the seniors) from all UMK campuses is actually a new experience for me (thank you for choosing me!). I try to be friendly to all of them. Well, I think it was awkward hahahaha. I'm not talkative to new friends, so most of the time I just listen to other people talking. I love listening, don't worry.

Anyway, I already love this organization. We're one big family.

"Sayangi PRS serta isi-isinya"

P/s : United will go to Wembley! Yay yay! Win or lose is just part of the game soooo it's alright, all the best Red Devils. You know, I'm still in awe regarding Liverpool's stunning comeback against Dortmund. Omg.. Klopp has raised them well *istillhatethemthough* *butidonthateklopp*

Bye peeps!

Monday, 4 April 2016

Publicity, publicty, publicity

This is the story about how I get involved in exco publishing and publicity all the time. Since I was in secondary school! But now even in UMK, I still bring that kind of aura hehe.

PRS

I'm the one who volunteers so it's fine.
I won't complain anything.

That's good. Okay, I'm good.

JT
(in secondary school I called this kind of organization as Badan Dakwah dan Rohani)

It stands for Jawatankuasa Teman. Exco Publishing&Publicity is my first choice when I fill in the application form. So can't complain also meh –,–

I love doing everything that I'm asked for in this group. I really do! Designing the button badges, making postcards, posters, etc. But I hate meetings.

I guess I had been a very good member(except the meeting part) that one day, my leader  wanted me to replace him during a meeting with all the members of the high council because both him and kak Layla couldn't attend it...and I was like..

*wrong request bro!*


*I hate meetings*
 

*members of the high council? me having a meeting with them?*

*today is Friday...I've to be good but...*

 
*well forget Friday*

 
*I'm gonna lie this time*

 

Don't worry, it's just a white lie. Fullstop.

No more argument.

And he believeddddddddd~! Tralala~

Sorry Mr. Leader and Kak Layla! You can adore my designs but please.. I'm not gonna go (or even try) for the iv to be the 'next' vice-leader of this lajnah.

Sincerely, your anak buah who always does her works on timeee >_<

Sounds like a brag, but I've to admit that I feel proud when all the seniors love my works. But then, I'm not someone who likes giving orders to people. I can't be that kind of leader.

Yeah right, you'll be popular, everyone will know you. Your merit marks will be much higher than your friends'. But think about the responsibilities. I really can't..although my mum said that I can. Idk...

"So much works to be done and she doesn't answer her phone??"

A leader who helps his/her apprentices is fine I reckon.

Forest Resource Technology
(there's a club under this course)


Aliaaaaaaaa~ kau nak tak under exco kerohanian?

Eh, exco kerohanian? Tak nak, tak nak.

Alaaa... kau boleh kan?

Tak nak doe...

I'm sorry. Even if they ask me to be under Exco 'Save-Cats-For-A-Better-Living-On-Earth' or 'Let's-Go-Home-Every-Week' ((errr)), I'll still say no. Hehe~ this bad girl is running away from responsibilities!

Then BAM! It's exco publicity time! *drum rolls*

They ask me again.

"Tak nak, aku tak nak apa-apa..."

Suddenly someone said my name loudly...oh my goddddd...

It's Nasir. Danggg! That dude didn't even ask me -_-

"Wait, waittt, come on guys..."

I was just about to argue but then my name was  already on the whiteboard. *I remembered saying a lot of names after that ((to be voted so it wouldn't be me in the end)). I know it's possible!*

And as clichΓ© as it sounds~ I got the highest vote.

ME.


AGAIN.


UNDER.


EXCO.


PUBLICITY.


Congratulation dear self. RIP my dear eyes~
Adios!
 

Saturday, 2 April 2016

Camping 'secret'

Assalamualaikum

Hai~ aku pun tak tau apa motif aku pegi letak tajuk 'secret2' camtu. Tapi takpelah, sebab aku nak rahsiakan tempat dan nama kem aku ni. Hehe. Buat malu jer kalau ada course mates aku jumpa blog iolls ni kan.

26 Mac 2016

Okay, first day tu pasang khemah, macam biasa pergi camping kan. Pastu berkumpul ramai-ramai. Kitorang diwajibkan bagi nama hutan kat kawan-kawan yang lain, tak kisah pun nama apa, just untuk panggilan masa kem ni jer. Ada dapat nama Elodea (a waterweed genus..err just in case you tak tau >_<), Ikan Keli, Kemarau, Cendawan, Daun Kering, dan macam-macam lagilah. Aku dapat nama Lintah Darat~ eh tak mau laa darat tu, kang aku jadi ah long baru tau :P

Lepas tu kena tulis memo kepada sesiapa yang kita rasa nak bagitau apa-apa kat dia, guna nama hutan tadi. Tapi identiti kita dirahsiakan. Some of my memos from..umm... I'm 100% sure that all of these are from the girls. Haha terima kasih ^^ kalau puji orang memang nombor satu budak-budak ni.


Makanan kena masak sendiri. Yang ni buat aku rasa macam dalam survival camp pulak (biasalah jarang masuk hutan kan). Masak dan makan dalam masa satu jam sahaja, api kena hidupkan sendiri guna kayu api. Nasib baik ada jugak sorang laki kumpulan aku, he's a senior dan aku expect dia terer laa bab-bab hidupkan api ni. Haa memang terer pun.

Malam tu main-main macam explorace, best! Setiap checkpoint ada jer benda-benda pelik kena buat, kalau gagal kena denda. Hahaha.

Group aku kena berjaga(sentry) pukul 12 sampai 1 pagi untuk kedua-dua malam. Untung kan boleh jugak tidur awal sikit.

Tapi, ni kem untuk Kursus Teknologi Sumber Hutan yang mana kitorang kena survive dalam hutan. Sesiapa yang lemah lembut kena letak tepi dulu sifat tu, nak masuk hutan kena lasak okay. Takkan datang kem nak tidur kot.

Malam tu fasi a.k.a seniors buat surprise kejutkan kitorang semua pukul 2.10 pagi. Pastu kena pakai penutup mata dan bermulalah aktiviti pepagi buta tu : Night Owl (kalau tak silap aku)

Kena berjalan jauh jugak, aku tak tau fasi bawak kitorang pergi mana. Kena duduk laa, pastu bangun, langkah luas-luas, berjalan itik bagai. Aku banyak kali langgar pokok sebabnya arahan ketua aku dengar tak dengar jer. Mengantuk...

Aku kan...sakit kaki berjalan 8km pun tak habis lagi, pastu dahlaa tak cukup tidur, rasa macam kepala berpusing 360 darjah. Tapi aku try jer dulu, kalau dah betul-betul tak larat baru nak give up. Seriously aku hampir nak angkat tangan dan bagitau fasi "Akak, saya dah tak larat." Tu jer, lama duk fikir nak bagitau ke tak nak. End up aku teruskan jugak. Cakap kat diri sendiri, tak payah bagitau fasi laa,kalau nak pitam, pitam jer terus. Ngehehe.

Dan macam mana aku boleh survive sampai habis?

Taraaa~ sebabnya kena masuk dalam lumpur, terus segar bugar. Kaki aku terselam sampai paha kot. Nak tarik balik punyalah susah sampai tergelak jer iolls mampu. Lepas masuk lumpur, barulah penutup mata kitorang dibuka.

Bahagia doe~ lepas tu masuk air. Yay! Pakai life jacket so aku tak takut pun. Pagi-pagi angin sejuk sangat tapi air tasik tu suam, seronoknya Ya Allah aku nak jer menyelam lama-lama dalam tu.

Then habislah untuk malam tu, aku tak tidur(again). Semua orang tak tidur kot sebab tak sempat dah.

27 Mac 2016

Pagi esoknya breakfast. Pastu aktiviti water confidence. Aku fobia lagi sebenarnya dengan air sejak tragedy dua tahun lepas, tapi takdelah fobia teruk pun. Aku takut kalau ada orang duk dekat dengan aku jer, bimbang kena tarik lagi, haaa aku lipat 18 kali ni tau! Alhamdulillah semua okay.

Oh ada sekali tu Liew tarik life jacket aku, aku macam terkejut giler.

"Noooo Liew no! don't touch me!"

"I wanna bring you to this rope laa hahaha"

"Oh..hehe thanks"

Aku meeeeemang takut orang pegang-pegang ni. Meremang bulu roma kalau teringat masa lemas dulu. Pheeew~

Tengah hari tu pertandingan memasak. Guess what, kumpulan aku dapat nombor satu. Buat singgang ayam jer pun tapi lecturers suka hikhik XD

Petang tu absailing. Dan petang tu jugaklah satu-satunya ahli group aku yang lelaki kena balik, dia join silat kat USIM ke kat mana tah. So tinggal semua perempuan.

Well, persoalannya siapakah yang akan hidupkan api? Ohhh give us strength T.T

Malam tu ada BBQ dan malam kebudayaan. Lepas jer habis tu, aku ingatkan dah boleh tidur, rupanya ada rehearsal untuk persembahan esok pulak sebab dekan fakulti kitorang nak datang. Aku memang mata dah macam mata panda kot sebab semua orang cakap camtu. Dahlaa cakap pun macam orang tak betul dah, senang-senang jer masuk topik yang takde kaitan lansung dengan apa yang kitorang tengah sembang. Mengantuk sangat-sangat. SANGAT~

Tetiba rasa moody, Annur pulak dah berair mata nak nangis laa tu hehe, Fatin kejap senyum kejap terlelap. Lol semua orang penat. Rehearsal pun kelaut.

Esok please...please please please. *puppy eyes*

And yes! Sambung pagi esok yay!!

Waktu berjaga group aku pun dah lepas so boleh terus tidur. Nikmat sangat finally dapat tidur dengan lenanya :)

28 Mac 2016

Esok harinya masa breakfast. Oh oh.. ingatkan terus jadi disaster sebab takde orang yang pandai hidupkan api kan(yang perempuan ni bukan tak pandai, tapi lambat sangat), tapi syukur ada putera-putera dari kayangan datang bantu group kitorang.

Siapakah? Fasi lelaki laa, diorang semua datang padahal nak hidupkan api jer. See! Yang patah tumbuh yang hilang berganti~! Hahaha sorang keluar, berduyun-duyun datang *cheewah.. ayat takleh blah*

Pagi tu ada jungle trekking.

Then majlis penutup. Tengah hari ada aktiviti khidmat masyarakat. Lepas tu baru balik UMK..

The end.

Okay tu jer. Aku menulis macam kelam kabut jer ni. Haha takpe lah kalau tak faham pun, pengalaman aku hehe.

Haa ni nak pesan, kalau pergi camping tu silalah bawa pencuci muka anda. Tau tau tau~ Kesian kat muka ni tak dipedulikan, pastu main abu, duk panas-panas dekat api. Kesiannya. Cheq rasa macam muka orang takde iman nowh...*cheyh..tau2 jer muka orang takde iman tu cane*

Goodbye~ :)

Friday, 1 April 2016

Kem 'secret' ;)

Assalamualaikum

Kem dah habis. Seronok tau (lol lepas habis kem baru boleh kata seronok). Penat tu biasalah, ni kem okay bukannya vacation pi Old Trafford tengok McNair main bola. Opss~

Kem PRS - supposed 24 -26 Mac.
Camping SEH - 26 - 28 Mac

Kem PRS haritu macam kem kepimpinan laa(tak nak bagitau nama dan tempat kem, nanti orang boleh search pastu jumpa blog aku ni hikhik). Gabung ketiga-tiga kampus. Ahli group aku pun daripada tiga-tiga kampus tu jugak. So yeah dapat kenal kawan baru. Banyak aktiviti best. Tapi malangnya aku tak sempat join semua huhuhu. Aku kena balik awal sebab kena pergi camping course aku pulak.

Jap eh, nak cerita pasal kem PRS dulu. Hari first, kitorang dibahagikan kepada lapan kumpulan (dipanggil syarikat, bukan kumpulan. weolls kan study kat entrepreneurial uni). Lantik ketua semualah(as a CEO). Kumpulan aku nama Baratheon a.k.a rusa. Pastu dapat barang amanah. Sebatang spaghetti yang saaaaaangat halus dan panjang. Thanks fasi, yang saya punya mampu bertahan selama 31 jam jer. Gomenasai!

Second day tu.. pagi ada explorace! Jalan lapan kilometer tahuuu. Ada tujuh checkpoints. Seronok! Kena makan 'mee celup masin giler', kena memanah, jawab soalan maths, cari tiga biji gula-gula yang bertanda huruf P, R, dan S dekat kawasan yang macam padang pasir gitu. Memang banyak gula-gula yang tak bertanda... mak aii sangat menguji kesabaran. Pastu ada kena minta barang makanan dengan askar. Ingat senang? Kena entertain diorang dulu. Ya Allah nasib baik kumpulan aku okay jer, takde kena torture teruk la.

Tengah hari pulak, main beli-beli saham. Semua syarikat dapat modal 150 000 GTD (GTD tu mata wang untuk kem ni) Syarikat aku mampu mengucap jer. Hahaha XD sebabnya awal-awal lagi kitorang dah melabur 50 000, then rugi uolls. Ruuuugi. Pastu semua jadi takut nak melabur banyak-banyak. In the end, cer teka apa yang terjadi muehehe. Ada syarikat lain yang untung sampai 4 juta (eii jelesnya) , pastu ada jugak yang berhutang sampai berjuta-juta(ok kesiannya). Syarikat aku..lol malunya nak bagitau..kitorang ada 270 000 GTD(rasa sikit sangat sebab orang lain dapat untung berjuta-juta kan). Tapi at least takde hutang hokay :P

Petang tu aktiviti macam sukaneka. Tetap ada ibrahnya :)

Malam tu laa yang paling best. Hehe. Namanya War Game!

WAR GAME. It really means war~! So mestilah ada senjata untuk serang kumpulan lain. Weee~! 'Bom' berisi cecair campuran cuka, budu, dan air udang. Wangi sangat :P

Actually sambungan aktiviti tengah hari tadi. Kalau nak tambah duit dalam simpanan, inilah masanya. Kena cari barang-barang yang fasi mintak, setiap satu ada harga masing-masing. Ahh aku tak kisah yang penting duit kitorang bertambah. CEO syarikat haruslah dilindungi, jangan bagi kena culik or whatever. Tambah-tambah kalau syarikat kita ni kaya raya. And since Baratheon pokai jaa tapi hati semua baik-baik, kitorang takde niat jahat pun nak culik orang lain. Go on jer cari klu-klu.

Oh lupa nak bagitau..semua fasi jadi hantu. Aktiviti ni waktu malam kan, lampu semua ditutup. Dahlaa diorang punya props scary dengan sound effectnya bunyi macam dalam cerita hantu. I found speakers everywhere~ Hahaha poyo jer.

Ahli-ahli group aku yang laki  risau dengan gegirls semua ni.

Ada sorang cakap : "Korang, kalau nampak apa-apa yang pelik, ingatlah tu manusia jer. Takde apa-apa pun okay."

Tapi seriously fasi semua scary. Ada yang jadi hantu...emm hantu apa ye? Yang gelak-gelak, ada yang cakap sensorang, pocong, kejar orang. Berani giler diorang duduk kat tempat gelap sorang-sorang (eh diorang ke tu?).

Aku awal-awal dah mati sebab duk lindungi CEO. Apasal laa ada jugak group yang nak culik CEO aku. Kitorang miskin jer pun. Yang sedihnya aku mati sebab ada fasi yang baling bom air tu, dahlaa terpercik masuk dalam mata. Pedih tau dak? Tapi still berlari-lari sebab ada hantu duk kejar, sambil pegang mata sambil membebel 'aw aw aw' sensorang hahaha.

Lepas habis War Game, aku pun dihantar balik ke uni dalam pukul 1.30 pagi gitu. Tapi malam tu aku tidur sejam je, sibuk duk kemas barang untuk kem esok pulak ni. Basuh baju kul 3 pagi, tertidur kul 5 pastu 5.30 dah tersedar. Ehh tidur setengah jam jerlah. Adududu...

Rindu kat kumpulan Baratheon. Tau tak kitorang dapat no. 1 untuk explorace? Aku lansung tak percaya. Rasanya macam paling lambat sampai, aku tak terfikir pun pasal nak menang sebab dah lambat kan. Actually kitorang terlepas checkpoint satu, pastu gigih patah balik and complete kan mission kat situ. Jauh tau. Usaha tangga kejayaan, now I see the reason we got number 1! Then untuk game yang saham tu, kitorang dapat second place. Aku tak tahu apa yang jadi sebab hari ketiga aku dah balik uni. Sedihnyaaa. Tahniah Baratheon~! Nanti jumpa lagi untuk next program :D

Sorry sebab takde satu pun gambar masa kem, diorang semua ambik gambar masa last day, aku kan dah takde..hwaaaa T_T

Alright panjang giler. Yang camping course, emm aku sambung esok ke lusa ye. Bye bye~