Saturday, 24 October 2015

I'm a facilitator again!

Assalamualaikum

Semalam aku jadi fasilitator untuk satu  program kat Jeli ni, JAHAC15 (which stands for Jeli Agriculture, Horticulture, and Agro-Ecotourism Carnival 2015). *cheyhh gaya macam tulis diari pulak -_-"*

Students Jeli Science School (JeSS).
Seronok pulak sebab semua sporting namateyyyy~! Hahaha untung kan dapat bebudak sekolah sains, berdisiplin jer. Loyar buruk yang lebih sebenarnya *sigh* -.-
Basically form 1 sampai form 5. Yang form 5, masyaAllah… kerdilnya akak rasa diri ni. Yes they’re tall! Veeery tall (dark and handsome) ehh? Hahaha yang tu taklah. Gedik ah akak fasi ni >.<

Adik-adik kumpulan aku happening giler, then diorang tau aku ni orang Kelantan, bertambah bisinglah jadinya. Takpelah as long as you guys were having fun.

Kak Aliaa sekarang umur 19, masuk U. Umur 18 buat apa?
Matrik, adik-adik.
Akak course apa?
Teknologi Sumber Hutan.
Hutan? wowwww...!
*takyah duk wowwww sangat, akak lempang kan*
Ooooo..eh, umur 17 form 5. 18, 19,..sama umur ngan abang kitalah! *eksaited*
Soooooo…?

Whatt? Kak Aliaa daa bertunang!
*tuding jari kat cincin aku*


Adik-adik, you guys are really growing up too fast, eh? If my rings mean that I’m enganged, then what can I say? Haha
Tell me honestly..that I still look younger than them!! >_<  pleaaase!
Ouu..where am I?
* * * * *
Okayy..actually semalam ada benda buruk jugak. Ada someone call aku bagitau yang aku ada bawak kereta and accident. Suara laki, cam orang cina gitu. Siap baca balik no. fon aku. 01******** bla bla bla. Mestilah betul bro, the reason we're talking is because you has called thaaaaaat number. My number obviously!

Aku bagitau laa yang aku ni tak pernah pulak drive seumur hidup, camne aku yg accident? Pastu dy minatk maaf then hang up.
Mendeeeelah.
Tak lama pastu, dy call lagi.

Eh, I ni dari balai polis Puchong, I siasat kes ni.
Kes apa ye?
Kereta Myvi yg accident semalam. Husband you drive kan??

Da heck!!???
.
.
.

Sir excuse me, saya ni student. Kat Kelantan. Apa kaitan benda ni dengan saya?  Accident apa?
Sape husband saya?
Oh. Ok bye.
Bye?? Dahlaa tak jawab soalan aku. Ya Allah..geramnya

Sorry for raising my voice. (eh perlu ke minta maaf?) I was fuming at the moment.
Pak cik tau tak bateri phone sy ni K.O sikit, so kalau tetiba bateri ni meletup masa sy tengah cakap dengan pakcik yang call just sebab nk prank.. Then if I die, I'm really gonna haunt your life for the rest of your life! This is not a joke.

Tolonglah. Dah takde kerja ke apa?


Then I tell my mum about it. She’s freaking worried. Ma says that if next time someone calls me again and tells that something happens to my family, just don’t trust anyone. NEVER.

She knows me too well. I might do something crazy if it’s about our family. I mean everyone will.
So let's be careful. Humans these days are bad. 

Tuesday, 13 October 2015

Dear you...


Hush~ hush~ hush~.

It only took a glance and a sentence, someone had fallen head over heels for me. Subhanallah at the way Allah put that kind of feeling in His slave's heart.

And you know what?

I did a lot of sins.

(Everyone is a sinner ...but only the one who repents will get closer to Allah. He opens your heart)

Dear you,

Yeah so we did message each others a lot of times when we're in form 4 and 5. Well what did I know at that time? I just wanted to have fun in everything.

But that had gone too far.

I realized that I had been doing the wrong thing. Even by messaging, because that simply made my heart restless.

Kau tau tak? Kalau aku berubah sekarang pun, kau takde hak nak marah aku. Aku baru jer unblock kau, then terus masuk mesej, whatsapp bagai.

Apa ni?

Oh. Rupa-rupanya kau nak ungkit balik semua yang aku buat sebelum ni. Kau ungkit balik yang akulah mula-mula approach kau dulu. Sebab aku kan jahat. Tak macam kau. Hafal 30 juzuk, baik pulak tu.

Aku yang salah.

Aku stop contact kau pun aku jugak yang salah.

Okay, kali ni aku tenang jer bila kau salahkan aku. Aku baca mesej kau perlahan-lahan, apa yang kau nak bagitau. Aku baca jer semua. *chill Aliaa chill*

Sebab apa aku tak marah, tak bagi ayat sentap? Sbb aku dah lama sangat biadab dgn kau. Aku rasa bersalah jugak sikit sebab ingatkan kau dah menyesal. Rupanya kau tak berubah sedikit pun.

Aku biadab bukan apa, nk bagi kau sedar jugak apa yang kita buat tu salah. Apa yang kau buat tu salah.

Then kau kata aku macam main-mainkan perasaan kau?

Aku relax jer. Aku minta maaf. Hoping that it would soften your heart.

Ohmygod~ it worked!

Kau pun bahasakan 'saya', 'awak' pulak ...bukan 'aku', 'kau' dah. Nampak sangat tadi kau marah sebab aku buat kau macam tu kan? Hehe fine.

Aku nak bagitau, kalau kau suka aku..jumpalah ayah aku, mak aku. Aku suka kau ke tak tu lain cerita. First mintak restu ma abah aku dulu.

Ni kau approach dh macam buaya mengayat anak perempuan orang buat apa?

Ber'hehe', 'doakan saya dipertemukan jodoh yang baik', 'saya sebut nama awak dalam setiap doa saya', and so on.

Aku sedarlah aku pun jahat jugak dulu. 'Jahat' as in pergaulan takdelah terjaga sngat, tapi aku usaha untuk berubah. Kau pandang rendah kat aku sebab kau berilmu lebih.

Aku tak tau nak kata apa kat kau, tapi tolonglah. Kau janganlah ingat kau sorang jer yg baik, pandang rendah orang lain, dah tak nampak kesalahan diri sendiri. Apa yang kau buat tu salah.

Daripada bazirkan kredit kau mesej aku, bagitau ayat separuh-separuh harapkan aku jadi curious..baik kau sedekah kat masjid, kawan. Dapat pahala.

Oh, kau cakap kau tengok timeline aku tiap-tiap hari kan? Serius aku terkejut and rasa creepy giler. Bagus, mengaku pun!

Bukan ke kau yg pernah nasihat aku sebelum ni supaya jgn upload gambar dalam fb, insta semua?

Eh, balik-balik kau jugak yg tengok.

Sometimes I wondered... You were memorizing Quran and all..but why did you do this?

Al-Quran tu tak jaga kau ke atau kau sendiri yang sengaja buka jalan maksiat?

Tahniah anyway berjaya hafal 30 juzuk.

*****

Tolonglah letakkan tempat kau mcm orang lain jugak boleh? Bukan kau jer yang aku tak layan, bro.

Berhenti contact kakak-kakak, adik, dan abang ipar aku. Nampak macam kau usaha sangat kan nk rapat ngan family aku?

Aku meluat.. Allah laa tau.

Sekali kau buat macam ni, (bukan kau jer orang lain pun sama) aku cop terus. Before kau nak pimpin orang lain, kau pimpinlah family kau dulu. Kau anak lelaki kot.


Pastu aku bukak buku Tarbiah Sentap. Sebab aku nak check jap apa yang Ustaz Adnin tu cakap..



Guy like this... lupakanlah. Lupakan. Aku nak respect kau, kau seorang huffaz, sedar tak? Tapi dah tak boleh bro. Aku lagi respect laki yang kat luar sana yang so-so tapi tahu batas antara berlainan jantina.

Aku minta maaf. Banyak lagi benda kat dunia ni yang penting daripada kau duk melayan perasaan tu. Wallahi, aku mintak jauh daripada perasaan yang entah apa-apa sampai boleh binasakan diri sendiri ni.

Monday, 12 October 2015

Sometimes I just can't help being nice

Assalamualaikum

Haa yelah yelah..aku tak nak tinggalkan lagi blog ni. Facebook dgn insta jer kay. Tu pun bukak jugak kadang-kadang. Takpe-takpe, kita minimumkan perlahan-lahan ^_^. Blog ni?  Nak jugak conteng-conteng sini, aku tak kira~
So today I came up dgn tajuk entry yang macam poyo tu sebabnya..you know..because~ I. Am. Just. That. Nice.!

Aihh takde takde.
Tau tak masa isi borang PRS haritu kan, *oh yes, I was accepted somehow, and now I'm officially one of  Pembimbing Rakan Siswa in UMK. Praise to Allah ^^* dy tanya dalam borang tu kualiti apa yang ada pada diri aku yang membuatkan aku rasa layak untuk dipilih. Gambarkan dalam satu perkataan sahaja.

Aku tulis apa tau.. : BAIK

Aku tak berniat pun nak tulis perkataan tu, tapi sebab tengah rushing dan dah tiba-tiba blank taktau aku ni ada kualiti ke tak sebenarnya???

And guess what, masa interview senior tanyalah :

"Sini awak tulis kualiti yang ada pada diri awak ialah 'Baik'.
Boleh jelaskan tak maksud 'Baik' kat sini?"

Tu diaaaaaaa~hamek kau, Aliaa! Pandai sangat tulis kan?

Aku rasa nak menyorok masa dengar soalan tu. Perasannya~ awat aku tulis lagu tuuu?

Aku tak nak bagitau jawapan aku sebab...jujurnya aku memang nak lupakan semua pasal malam interview tu. Huahuahua~ *nangis*

Haa lupakan.

Sebenarnya aku takde baik mana pun, kesian kat orang jer lebih. Walawei~ mana ada orang mengaku diri sendiri baik kalau betul pun dy tu baik. I wish I can be as good as people think I am. Ameen.

Nak ceritanya, hari ni aku dah habiskan hampir RM10 untuk something yang aku tak perlukan lansung. Tak banyak ke 10 ringgit? Banyak tau -.-

Ada akak-akak senior datang jual kek dan air dari bilik ke bilik kan, serius aku kesian tengok diorang bawak kotak dengan plastik lagi. Berat kot ~ tapi kenapa sekarang aku rasa macam dah tertipu pulak. Aku dahlah kenyang perut pun macam ikan buntal dah, kalau aku kata aku lapar tu aku menipu. Still aku beli, *yay nak tumbuk muka sikit*! Hati dah cakap 'tak nak', mulut ni macam berat sikit, lagi-lagi masa akak tu tengah promote. K fineeeee~  
I know I take this from my mum. Whenever ada mak cik-mak cik yang datang rumah aku jual sayur/kerepek, mesti Ma akan beli. Even sayur tu dah banyak kat rumah pun. Sebab Ma kata dia nak sedekah kat mak cik tu, so belilah.

Tapi Ma tengok background penjual tu jugak, mostly orang kampung aku jugak. That's why bolehlah nak kira bersedekah.

Aku? Hahaha senior-senior tadi orang mana pun aku tak tau. Tahun berapa pun tak tau. Kot-kot loaded! Macam mana aku senang-senangnya rasa kasihan kat diorang?

Next time ada orang datang jual-jual lagi aku tak nak buka pintu bilik dah. Nak buat-buat tido~babai.

Fatin siap whatsapp aku bagitau jangan beli sebab memang dia syak aku akan beli pun. Hahaha. Kau ni kan...saje je buat aku malu sensorang. :D
Sekarang aku dah expert bahasakan diri guna 'aku' , 'kau'..muehehe. In real life lah, kalau dalam blog ni dah lama expert. Cheyhh~
 
 
Tetiba rasa macam gangster (-.-")

Ok lah..I'll see you again next time. Bye!

Saturday, 3 October 2015

Sentap itu perlu (untuk orang macam aku)

See! They really crush all their rivals. Yay!

Haha aku takleh tengok pun game dgn Ipswich Town sebab tak tunjuk kat tv. Sunderland dengan Wolfsburg jer. Anyway they win all the matches, so that's fine.

Mata punya assist masa lawan Wolfsburg memang perrrrgh! Tengok sekali aku rasa macam biasa jer sebab aku laaaaagi excited dengan gol Smalling. Masa tu seri kot, so gol yang second tu memang 'yeah yeah yeah' jugaklah. Hik3 >.<

Esok lawan Arsenal. A win I hope, ameen. Abah, will you watch them for me? :)

Okaylah stop pasal tu.

* * * * * * *

Korang pernah baca tak buku Tarbiah Sentap karya Ustaz Adnin Roslan? Pernah?

Kalau korang pernah baca, aku rasa korang takkan buka blog aku ni. Korang dah takkan main internet untuk benda-benda lagho macam ni. Instagram, Wechat, Facebook, apa lagi..semua dilupakan. Kalau betul buku tu beri kesan kat koranglah. Heee :D

Jujur aku cakap selama aku baca buku tu, mulut ni tak henti-henti istighfar. Allah..benda apalah yg aku buat sebelum ni?

Memang padanlah tajuk dengan isi dalam buku tu. Seriously 'sentap'.

Aku nak sangat hadiahkan buku ni kat semua kawan aku, supaya diorang boleh baca dan rasa apa yg aku rasa.. at least kalau tak boleh nk terima semua isi dalam buku tu, sedikit pun jadilah.

Aku tak fikir semua orang boleh berubah terus secara drastik. Tak mungkin. Even aku pun tak nak paksa diri aku, sebab biasanya perkara yang dibuat secara paksa dan mengejut takkan bertahan lama.

Ada satu tajuk yg aku kira memang sentap jantung hati ni..Adoii. Entah, rasa macam betullah apa yang dia cakap, kalau kita tak ikhlas nk berubah kita akan cipta macam-macam alasan.

'Hiburan Dalam Islam'


Beliau huraikan pasal Beliebers(peminat JB), Directioners(peminat 1D) kpopers, fashion, aurat, dll.

Kita sebagai orang Islam kena tundukkan pandangan kan?

Siapa cakap tak susah? Siapa rasa benda tu senang?

Kau cakap senang?
Then kau dah menang. Tahniah.

Untuk aku susah. Tengok tv, kita dh tengok aurat orang. Tipulah kalau kau buka tv tapi tak pernah nampak aurat. Even bila tengok rancangan agama sekalipun, ada iklan kan? Iklan semua islamik ke?

Tak.

I can delete all the songs in my phone, delete all the movies in my laptop.. I can forget all those things. Easy, because I'm not a big fan. But one thing..this one is really hard because I'm such a fool for falling into it already.

Benda yg aku tulis di awal entri ni.

Yep. Bola.

Memanglah takde sebut pun pasal minat bola dalam buku tu. Tapi takkan aku nk buat tak tau jer..

Diorang terang-terangan tak tutup aurat. So aku nk bagi alasan apa lagi biar aku boleh teruskan minat aku ni?

I have none.

And the bad thing is.. I can't seem to stop drastically just like that. It will feel weird.

Mungkin masalah kita tak sama. Ada yg suka main game dah taktau nk stop macam mana, kaki drama/movies, obses artis tu artis ni. Tapi nak tundukkan pandangan memang tak mudah.

Pergi kelas tak cakap/pandang lelaki ajnabi, pandang pun sekadar tak nak bagi accident ke apa jer, tapi dalam instagram, facebook masih galak like gambar diorang.

What. Have. I. Done.?

What. Have. You. Done.?

Tak naik nafsu syahwat pun tengok orang tu orang ni, so apa masalah bro?

Masalahnya : Allah takde pulak kata yg kau kena naik nafsu syahwat dulu baru kena tundukkan pandangan. Tundukkan pandangan tu wajib!

Fuuuuuhhh~! Astaghfirullahal'azim.

.
.
.

Apapun..buku tu best. Rasa lunyai  lepas habis baca.

Isu ikhtilat.

Reeeeeeally scary ..especially when I reminisce everything that I have done before.

Allah haramkan ikhtilat. Kau ingatlah yang tu. Ingat yang tuuuu jer, insyaAllah kau akan pandai jaga diri.

Aku tak naklah bagitau semua isi dalam buku tu. Isu sosial, taubat, dakwah dan tarbiah, daie, dll. Korang belilah..hihi. Tak rugi pun, serius. Baca dengan hati yang terbuka okay, kalau tak kau akan rasa tak suka dengan penulis ni. Eh? Sentap kott~

Pastu bagi sesiapa yang mungkin tak familiar sangat dengan hal-hal dakwah, (aku sendiri pun masih blurr jugak even belajar sikit2 bab tu)apabila baca part daie rasa macam dakwah ni agak berat. I mean kita nk dakwah orang pun, diri kita kena berada kat landasan yg betul dulu.. Kan? So it's fine. Part tu memang sesuai untuk naqib/naqibah/daie yg hebat-hebat, insyaAllah.

Takpelah, beliau bagi ayat sentap memang sebab nk suruh pembaca sedar diri sikit.

Wallahua'alam. Bye assalamualaikum.