Friday, 29 March 2013

A picture is worth a thousand words..

 Assalamualaikum
 
Parent, Siblings, and Bro-in-law =D
I miss this moment damn much ='(
 
Kevin & Eli
Life brings tears, smiles and memories. The tears dry, the smiles fade, but the memories last forever.

Sunday, 24 March 2013

Something to share...

Assalamualaikum

Nak dengar cerita? Aku ada terbaca dalam majalah Solusi kisah ni and I really love it =D

Ada dua orang tokoh ulama' kat Mesir iaitu Ibnu Daqiq al-'Id dan Ibnu Binti al-A'azzi. Kerana sebab-sebab tertentu, ada konflik antara dua orang ulama' ni.

Suatu hari, Ibnu Binti al-A'azzi telah buat satu kesalahan yang tak dapat dimaafkan di mata Sultan dan pegawainya.Diorang pun cipta tuduhan palsu dengan mengatakan Ibnu Binti telah murtad supaya dia dihukum mati. Tuduhan itu telah ditulis di atas selembar kertas yang besar. Ia mesti ditandatangani oleh tokoh-tokoh besar di seluruh Mesir. Seorang demi seorang tokoh menurunkan tanda tangan mereka menyetujui kandungan surat tersebut.

Ibnu Daqiq al-'Id menjadi tokoh yang terakhir menerima surat itu.Beliau membaca isi kandungannya dengan teliti. Tokoh-tokoh yang hadir menggesa beliau supaya segera tanda tangan. Ibnu Daqiq tetap tidak mempedulikan mereka dan meneruskan bacaannya.

Selesai membaca, beliau mengangkat kepala dan berkata :

"Tidak halal bagiku menyetujui surat ini"

Semua orang terkejut. Mereka tidak menyangka Ibnu Daqiq mampu bersikap seperti itu terhadap musuhnya. Mereka menyangka beliau akan menggunakan peluang ini untuk menghapuskan Ibnu Binti al-A'azzi. Demi usaha nak bunuh Ibnu Binti, ada yang masih memujuk Ibnu Daqiq supaya bersetuju sahaja. Walau bagaimanapun, beliau tetap dengan keputusannya.

"Aku tidak akan turut serta membunuh seorang Muslim!"

Sikap tegas beliau telah menggagalkan pakatan untuk membunuh Ibnu Binti al-A'azzi dan dalam masa yang sama telah menaikkan nama Ibnu Daqiq al-'Id dalam sejarah umat Islam sehingga hari ini.

Subhanallah! Semoga kita semua dikurniakan akhlak sebaik beliau. Bersederhana dalam membenci musuh. Tidak mengikut emosi dalam membuat keputusan.

Masa sedang ambil fakta-fakta daripada kisah ni, ramai kawan aku tanya kenapa. Hehehe. Aku senyum jer, senyum itu kan sedekah..wink wink!. Sebenarnya, aku nak menangkan hati ni sebab aku ada benci kepada seorang budak ni. Tapi takde lah keterlaluan.
At least, lepas baca kisah ni aku rasa tenang sikit. Rupa-rupanya kita boleh benci orang lain, tapi mesti bersebab dan bersederhana sahaja. Ada orang membenci tanpa sebab. Erk, itu sakit jiwa kot(majalah Solusi yang cakap ^^ ).

Ingatlah, kalau kata-kata kita tu menyakitkan hati orang lain, lebih baik diamkan diri jer. Tak payah bercakap. Jangan tambah kesedihan orang lain.
 
If you can't say something nice, then don't speak at all.
Wassalam.

Saturday, 23 March 2013

Perak 2012



Assalamualaikum
 Aku nak story pasal trip aku ke Perak tahun lepas. Sebenarnya, aku tumpang trip kelas lain jer.
Yang kelas aku punya trip aku tak pergi.
 Aku stay kat rumah sebab double Z balik kan. So, aku kenalar ‘jaga’ diorang. Kalau tak, sape lagi kan? Mehehehehehehehe =P

Aku nak sangat pergi ke kilang coklat Beryl's dengan classmates!!!  Takpe, next time jerlah.

Hari last persekolahan tahun lepas, aku join lawatan kelas 4 Ar-Razi. Kawan aku pun ramai dari kelas tu.

Aku ni kan, kalau naik bas, mesti aku tidur. Tak tahu kenapa. Enjin bas tu dah macam lullaby pulak xD

Pastu adalah berhenti kat beberapa R&R.

Petang tu, dalam pukul 6 kot..kitorang sampai kat Teluk Batik. Tengok matahari terbenam.

Pastu naik banana boat lagi. Mula-mula aku rasa nak try jugak..lama duk tengok tu, aish, tak nak aku. Kang tak pasal-pasal tenggelam kat tengah laut. Then, aku and the gang naik bot jer. Tu pun laaaajuuuuu sangat pak cik tu bawak. Bot laju kan. Aku rasa macam nak terjatuh dari seat aku. So, end up duduk kat bawah hahaha.

Dipendekkan cerita, malam tu baru sampai ke homestay. Comel sangat homestay tu.

Esoknya, saat yang ditunggu-tunggu oleh aku si hantu air. Pergi ke The Lost World of Tambun. Ohh, I love it! >.<
Sebelum masuk dalam air, still control ayu..kekeke XD

Rasa boring dah main gelongsor air semua. Aku nampak carousel! Tapi tak boleh naik sebab maximum 9 years old only. Whatever.

Takpe, tak bagi naik yang tu, aku naik yang lain. Geng aku yang memang hyperactive sume nih pergi naik boat yang berayun 180 degree tu kan. Duduk 30 saat aku okay lagi..masuk 1 minit. Ummm,,somebody, please tell me what's wrong with my head? Pening siot~

Tapikan, oleh sebab ada budak-budak sekolah lain duduk kat seat belakang aku, so aku pun duk main menjerit dengan diorang jugaklah. Lepas kapal tu stop jer. Aku turun dengan terhuyung-hayangnya.  Eh, same goes to my friends. Hahahaha ^^

Tapi tak serik lagi. Kitorang pergi cuba Dragon's Flight pulak.. It's a swing chair ride!
Nampak seronok jer.

Memang seronok pun ..rasa macam kena jemur =3 seronok ke?

Bertolak balik ke homestay dalam pukul 4 dah kot. Petang tu sambut birthday teacher Kartini. Sweet-50. Makan kek coklat & blackforest, nasi ayam. Semoga sentiasa panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t, my dear teacher.

Okay, malam tu pergi ke Ipoh Parade. Shopping time. Hehe..laju jer aku berjalan ke Popular dengan Yuni. Tingkat tiga atau dua yer? Aku lupa. I bought a novel and a cute teddy bear card reader.

Then, singgah kedai cenderamata. Kakak aku pesan suruh wat balik ole-ole for double Z. Okie dokie.
Ta-dah! These pretty hairclips..


 Pink for Zara and the brown one for Zarith.
Asal laa tomcat ni comel sangat?
Keesokan hari. Pagi tu bertolak ke Gua Tempurung.  Kat sana, kitorang mendaki anak tangga sebanyak 600 lebih.. tak ingat 600 berapa. Tak letih mana sebab takde rushing pun. Ada sampai kat satu tempat dalam gua tu, berangin sangat. Macam ada aircond gitu..padahal ada lubang angin.

Yang lelaki keluar ikut jalan air. Habislah basah baju diorang. Yang perempuan turun ikut jalan masuk tadi jer.

On the way balik dah. Here I go..become a sleeping baby again. Yang jadi mangsanya Amira sebab selalu aku lentok atas bahu dia.... ZzzZZzzZzz.. anyway..thanks Cik Miera! saranghae~ ^^

Sampai ke pekarangan SMK(A) Lati dalam pukul 11 malam dah kot. Hujan turun renyai-renyai. Abah dah sampai pun. Hoyay!