Monday, 16 December 2013

Last trip with 'em~ =')

Assalamualaikum ^_^
Bismillahirrahmanirrahim


Hallllooooooooo~! Hihihi, rindu aku tak? Takpelah tak rindu pun, aku rindu kat blog ni takpe. Baru ni, 9 Disember 2013, aku pergi ke Kolumpo a.k.a Kuala Lumpur. Lawatan sambil belajar selepas SPM kononnya. LOL <3

Naik kereta api tau. Aku mengaku memang terasa agak jakun sebabnya aku tak pernah lagi naik kereta api selama 17 tahun hidup ni.. pheww~ lansung tak boleh melelapkan mata.
Bertolak pukul 6.30 petang sampai KL pukul 11 pagi. Lamaaa sangat. 


Sampai tu, tempat first yang kitorang pergi ialah Muzium Coklat!


Check-in hotel. Hotel nama apa eh? Oh, GDS Hotel.


Then, pukul 4 petang 10 Dis, kitorang bertolak ke i-City. Ni yang aku eksited benar ni.. ^_^
Sampai dalam pukul 6.45 rasanya, masa tu hujan. Sejuk jer..


Last-last, tak masuk Snow Walk, sebab pertama bayarannya dah naik dari RM25 kepada RM35..dh malam kan, sebab kedua, aku ada berbual dengan mak cik ni, dia cakap kalau masuk Snow Walk time hujan-hujan camni, mesti takkan bertahan lama kat dalam tu. Owwhhkayy then~


Geng-geng aku sepakat nak masuk House of Horror. *paling best >.<*


Masa kitorang masuk, takde orang pun kat dalam tu. Rasa takutlah jugak dengan bunyinya yang pelik-pelik. So, guide dia pun masuk jugak. Time maghrib ni, mana tau jadi yang bukan-bukan takut jugak.
At first, I was damn scared sebab aku dan Luniey yang jalan depaan sekali. Kalau ‘hantu’ keluar, kitorang yang nampak dulu then kena kejar. Jahat punya hantu =3.

Ada sekali tu, aku ingatkan ada satu jer hantu yang ‘hidup’ boleh main kejar-kejar ni, so aku dengan happynyerr jalan kat depan. Tak peduli dah kat hantu-hantu lain yang elektrik kawal. Rupa-rupanya ada satu lagi! Mak aii~ tiba-tiba Luniey yang duk pegang lengan aku pun lari tinggalkan aku! How could you, Elunihayati! Tinggallar aku sensorang dengan hantu tu. He came beside me and stood still. I put my best poker-face and mumbled “where should I find my friends? This way or that way? Where where where~” lansung tak tengok kat dia.
Hantu tu sedih kot sebab tak dipedulikan..hikhikhik~ dia pun pergi menyorok balik. Mianei~ you have worked very hard..kekekeke >_<

Aku pergi pusing balik cari kawan-kawan aku, mula-mula jalan relax jer, entah kenapa tetiba rasa meremang bulu roma. Aku pun apa lagi..lari laju-laju. Pastu terserempak dengan ‘’hantu hidup’ yang first tadi, dia terkejut tengok aku tiba-tiba muncul depan dia. Hahahaha~ eh, dy pun boleh join aku ketawa rupanya and he opened his mask. Hensem rupanya hantu ni ..wink2 >.<..lalalala~. 


Rumah hantu ni dahlar banyak pintu, agak susah nak cari Hasni, Zulaikha,Shirah dan Maiza . Luniey dah jumpa pun.
Duk jalan-jalan dalam lampu yang samar jer, tiba-tiba aku nampak dua .. entahlah dua apa.. benda tu betul-betul kat tepi aku. Takde muka!!

“Argh!” I let out a short scream ..”Yaaa! AAAhHHH~! Luniey pergi sambung bertempik pulak dah. Rupa-rupanya kan, Shirah dan Maiza tadi, diorang menghadap dinding. Serius aku terkejut. Nampak menakutkan tau tak..?
Then, nak keluar dah. For me, nothing in the house was terrifying like in the horror movie Ju-On, Sinister, Dark Water, and so on. Scary~


Guide tu cakap kat kawan-kawan aku “Korang tak payah takut dah sebab ada adik ni. Dia berani” and he pointed at me. Makacih for da compliment!.. mana ada aku berani. Aku tak takut dengan hantu kat dalam tu jer. 

Lepas tu jalan-jalan kat luar tu. Naik Ferris Wheel. Seronok~ angin laju.

11 haribulan. Hari ni pergi Petrosains dan Berjaya Time Square (BTS). Nak cakap apa? Kat Petrosains, ada dua orang abang ni, diorang tunjukkan macam mana nak buat lilin aromaterapi guna buah limau, wangi! Pastu ‘black snake’ magic yang sebenarnya karbon. Guna gula biasa dan alcohol dalam ubat luka, so bau masa dia bakar tu sweet jer, macam karamel..yumyum =P

Aku jalan-jalan dengan Hasni, abang dua orang tu tnya dari mana. Kelantan. Dia tnya kenapa tak cakap Kelantan? *menyindir eh? Orang Kolumpo paham bahasa Klate ke?*
Dia cakap orang Kelantan ni kiut~ yeah rite ;) ha..ha...ha..


They gave us a very pretty batch sebab jawab soalan kimia masa magic diorang tadi tu. Nasib baik soalan mudah ^^ kekeke. Tqvm!

Aku dengan Hasni keluar paling awal dari Petrosains, jumpa abang Saiful (tour guide) . Minta nak pergi Kinokuniya. Rasa macam nak menangis sebab tak jumpa cari buku The Land of Stories..wuwuwuwu =’( 

Nevermind, BTS menanti. So kat BTS. What did we do? First, kitorang cari surau nak solat.  ^^
Hampir setengah jam jugak duk pusing-pusing cari surau. Rupanya ada kat tingkat 7. Belum letak label lagi untuk surau. Ciss

Lepas tu barulah pergi cuci mata, bli ole-ole sikit.
And I saw theloveofmylife
!! Bookstore! Borders. Sanggup aku pergi sorang-sorang *aku takut sebnrnya jalan2 tak berteman kat public. Tambah2 kat KL* semata-mata nak beli buku. Selamat tinggal kawan-kawan, kita jumpa lepas ni kat tempat yg dijanjikan.Taa~

Again, aku rasa macam nak menangis sebab buku The Land of Stories takde~ hwaaa.

Apapun, pekerja-pekerja kat situ sangat baik tau. Hihihi >_< tak jadi nak menangis. Diorang cakap banyak..bla,bla,bla..Finally, I spent about 140.00 for three books. Tak menyesal, semua besst~! Seronok jer duk dalam bookstore tu, hoping to meet Jung Daehyun? Hek ^.^ In my dream.

Kiut mak aii dua orang ini ^,^

Lunieeyy =D

K assalamualaikum =)

Friday, 30 August 2013

Book Fest!!



Assalamualaikum

Hi~ Semalam aku pergi ke Pesta Buku Kelantan kat Dewan Jubli Perak nuuun di sana. Nasib baik ma bagi pergi walaupun aku masih dalam exam mode~walalalala..
Ramai sungguh orang.. macam biasalah. Bukannya tempat tertutup, memang tempat untuk orang datang kan! 

Abah hantar aku ngan Anis sampai kat entrance jer, abah cakap dia nak muntah kalau bau buku. Ha, yerlah.. habis Abah duk didik anak-anak abah dengan buku tu macam mana? See, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan?
Aku beli  tiga buah buku . Tiga jer? Ok fine, memanglar nampak sikit.. but for me banyak dah tu.. lagipun guna duit sendiri..ciput jer! Guna duit sendiri lar, baru aku hargai betul-betul. ^_^ Adik aku beli satu jer *Mr. Midnight-Jilid 1*.. aku paksa dia beli..kekeke XD 

O The Magic
O The Girl Who Fell Beneath Fairyland
O Where Rainbows End

Yaaa, that’s all.  Mine! 
Buku The Magic tu kan, bila ma aku tengok.. berkerut kening jadinya. Ni buku apa ? Oh, I know.. I know what’s lingering in you mind. Ma, this is not a book about black magic. Bukan jugak buku ahli sihir.. it just kinda..urmm.. I don’t know yet..huuu
So lepas masuk bilik, aku terus belek-belek sikit buku ni.


Oh my, kenapa ada pasal Jesus Christ? Ada jugak pasal al-Quran! Hah sudah!..penulis ni nak hina Quran kah?

Fortunately..takde benda yang tak elok pun.. Penulis ni (Rhonda Byrne) memang bersikap terbuka dalam penulisan dia.. there’s no discrimination about religions..actually, dia tak sebut banyak pun pasal agama. Nisbahnya  1:40.. hihi =D

Keseluruhannya, buku ni nak bina magis dalam diri kita sendiri.Perlukan magic wand macam Harry Potter punya ke? Tak perlu pun..
So, macam mana? Just by being a grateful person. Say thank you for everything that had happened in live. Kalau muslim, just say Alhamdulillah.. =)
Kepada sesiapa yang nak sentiasa gembira, anda bolehlah baca buku ni. *nak beli dengan aku pun boleh^^*


Apa apa pun, aku dah salah pilih buku..hwaaaa! Bukan ni yang aku nak! Huhuhu~ kepada peminat fairytale, please don’t pick up this book.. takde satu habuk pun perkataan fairytale..ha’ah..habuk pun takde..wuwuwuwu~ It’s not even a storybook! Menyedihkan sungguh..

Next time, I have to be more cautious dalam memilih buku supaya the banana won’t fruit twice! Miahaha >.<

Dah tu ada peristiwa memalukan lagi semalam.. apa dah jadi dengan aku ni.? Lepas balik pesta buku tu, abah singgah Tesco.. aku ikutlah. Nak dijadikan cerita, duit aku yang baki beli buku tadi berterabur kat tengah-tengah orang ramai. Aku tak perasan pun,.. then nasib baik ada aunty cina yang bagitau.. satu family dia lead jalan aku ke tempat duit tu jatuh. .

Bayangkanlah macam mana kita kutip duit kat tengah jalan..bukannya sekeping dua, tapi banyak!..orang ramai tengok peliklah..apa ni, aku bukan nak buat free show! Malu mak aiii~ rasa nak sorok muka seposen ni dalam tin biskut Hup Seng jaa..huhu~


Pak cik and mak cik yang lalu sengih jer.. ada uncle cina tu tanya kenapa buang duit ni.? Err, saya bukanlah seorang yang kaya raya nak buang duit kat tengah jalan ni.. so aku cakap dengan selambanya “duit jatuhlah, pakcik..tak sengaja” mulut ni sengih sehabis manis..phew!
Lepas tu, cepat-cepat gi cari Abah aku yang lansung tak tau situasi memalukan yang menimpa anak dara pingitannya ini..LOL ~

Kbye~

Friday, 12 July 2013

Memories of 2012

Assalamualaikum

Hehe~ kelmarin baru update. Hari ni menulis laagiii~ oh yeah!
Upload gambar jer ni..yang tahun lepas punya .. all these memories have became treasures for me =')

Which one is me?? kekeke ^^
Lepas exam awal tahun, aku berpeluang sertai ekspedisi mendaki Gunung Stong. Terlalu banyak peristiwa menarik berlaku sepanjang berada di sini. Aku siap buat jurnal lagi lepas balik tu sebab terlalu obses walaupun rasa macam nak mati ^_^ .  Ada yang best ada yang teruk.. Prince Charming pun ada~ hehe. Nanti, aku cerita kalau ada kesempatan. *lepas SPM kot* cerita panjang sangat weyh. Macam fairytale chris colfer!

Control ayu jaa~ sila jangan tertipu *kesalahan tatabahasa >_<*
Lepas exam pertengahan tahun, pergi pulak ke Terengganu. Sangat seronok. 
Ni lawatan PRS punya, dapat singgah UniSZA =)

Peace! Oh my, my hand's shaking!
Ini lunch bersama PRS di Food Village Riverview.. hihi. First time makan guna chopsticks. Berapa kali ek ayam aku terbang? sila tanya orang yang duduk semeja ngan aku. Malu mak aii~huhu. Last sekali, makan guna sudu n garfu jer. Thehehe~

Don't show ur teeth or i'll bang you!
Owaaahhh~ sedihnya tengok gambar ni. I really really miss this moment~ Ini masa akhir tahun dah, minggu terakhir sebelum cuti sekolah bulan November. Jamuan badan dakwah dan rohani. Hehehe~ kitorang semua 16 orang buat bbq! Oh best! Nasib baik tak terbakar asrama..kekeke~ 

Okay, bye. Tahun ni birthday kat asrama lagi. =( Aiyak! nevermind.. ma kata jangan fikir pasal benda lain *home sweet home* study elok-elok and strive for SPM.. well, susah sebenarnya untuk tak teringat kpda rumah especially untuk aku yang 'over homesick' neh.. oh nevermind. I'll do my best! I believe in myself..even if nobody does! At least aku tau Ma dan Abah sentiasa ada untuk mendorong aku. Alhamdulillah, Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hamba itu, kan.?

Wassalamualaikum

Friday, 7 June 2013

A picture is worth a thousand words

Assalamualaikum

Brother in law..the 'old' one..hihi
nak promote buku ni, Spells =)
KakYen dah srupa puteri cina.. LOL
The beautiful bride ^_^
'Nice' pic! my face was like a corpse! Ni lah, sape suruh ambik lewat2.. waaa~.


Sunday, 2 June 2013

My sis dah kahwin ~ =')

Assalamualaikum

Hai~ yeay akhirnya tamat sudah majlis perkahwinan kakak I.. Hehehe.. Alhamdulillah.

Aku tak sempat nak rasa sedih pun, busy woo~

Sebagai seorang remaja, aku telah diberi kepercayaan untuk membasuh pinggan-mangkuk and melayan tetamu and mengagihkan cenderahati untuk tetamu.. best kan?

Semalam sebelum pukul 10 aku dah tido. Bangun hari ni, rasa sakit abis seluruh badan..aigoo!
Wanna see the bride?
Taa daahh~